Tuesday, 30 March 2010

Alhamdulillah..Welcome Back to Malaysia

Alhamdulillah...Setelah 5 hari 4 malam berada di Chiang Mai, pulang jugak aku ke tanah tercinta Malaysia..Memang seronok sangat dapat balik..Dapat tengok budaya sendiri..Rindu plak rasanya..Betul kata orang tua-tua, hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Lebih baik kena balik batu.heheheh

So, aku sampai di LCCT tadi dalam pukul 1.30 petang..Samapi terus solat dan balik ke Lumut naik bas jam 2.30 petang.Dan sampai di Manjung pada pukul 7.30 malam. Memang 1 hari perjalanan yang memenatkan.Tima kasih pada member Aman sebab hantar kitaorang sampai rumah.hehheh

Banyak pengalaman yang aku dapat masa berjalan di Chiang Mai.Memang satu pengalaman yang sangat beharga.Kalau di ikutkan memang aku nak caritakan dari A sampai Z macammana pengalaman aku kat sana. Tapi memandangkan badan yang penat dan letih gila, yang gilapun tak penat macam ni, aku hold dulu ye..Maybe esok aku akan start menulis apa yang aku dapat di sana..

So buat masa ni, moh le kita tido dulu..ZzzzZZZzzz....

Friday, 26 March 2010

Apa Khabar Malaysia?

Assalamualaikum...Adoi...Penat lagi aku rasa sebab tak tidur lagi sejak semalam...harharhar...kami sekarang ada kat chiang mai..tengah menikmati rumah urut..diorang yang mengurut..

So sampai pagi tadi kat Chiang Mai International Airport dalam pukul 830 pagi...waktu kat Malaysia dalam 930..kira waktu kat sini lambat sejam..sampai tadi kami terus pergi melawat taman diraja..aku pun tak tahu plak nama tempat nya..

Lepas tu pergi jalan-jalan kat muzium Chiang Mai belajar sejarah sikit..heheh pastu pergi makan...makan pulak kat kedai masakan cina islam yang dapat pengiktirafan sijil halal...jadi tak ragu ragu la kan...

Pastu kami singgah kat kawasan minoriti islam untuk sembahyang jumaat..walaupun khutbah dalam bahasa thai, tapi tak pe..Islam tu mudah kan...hehehhehe

Lepas tu baru kami chek in kat hotel..dan sekarang aku tengah menunggu member aku mengurut badan. Tak tau la macammane rasanya tapi aku pun rasa macam nak try gak. Tapi hold dulu la niat tu.hehehehheh

Emm...ok tunggu post aku seterusnya ok??

Thursday, 25 March 2010

We're moving...yeah!!

Assalamualaikum... Dalam duk aku fikir tentang nak pergi Chiang Mai ni..terfikir lak aku, macamana aku sebagai orang Islam nak solat kat sana nanti. Setahu aku Chiang Mai bukan berpenduduk majoriti Islam. So, macamana nak solat kalau tak jumpa masjid? Macammana pula kalau flight terbang waktu subuh? Dalam flight tak de surau rasanya..hehehhe

Sebenarnya Islam ni mudah..Mudah sangat.. Untuk subuh pagi esok, disarankan amik wudu' siap-siap.. Masuk subuh terus solat.. Tak pun solat dalam kapal terbang.. Sambul duduk pun boleh..Islam tu mudah kan...

Untuk solat waktu lain pula..aku dah standby kan sejadah dalam beg dengan kompas kiblat..kalau tak jumpa surau atau masjid, aku solat je kat mana-mana..Mudah kan? Janji tempat tu bersih..

Dalam kita nak melancong ni, jarang sangat orang amik berat tentang solat...Kita ni lagi suka fikirkan tentang shopping, nak tukar duit sana, makan dan sebagainya..bagi aku bukan tak boleh amik berat tentang benda lain..tapi yang basic kena buat dulu kan??

Arios!

Chiang Mai..We're going to discover you...

Assalamualaikum... Nampaknya memang dah agak lama aku tak menulis kat sini. hahahah Sibuk giler sekarang. Maklum la tempat kerja aku kat LPP ni ada C Inspection..er..kira major inspection la...

Jadi malam ini aku akan bergerak ke LCCT dari sitiawan naik bas pukul 11 malam. Sampai di sana dalam pukul 4 pagi rasanya. Dan 0650 kami akan naik flight ke Chiang Mai. Aku harap di Chiang Mai nanti aku ada kemudahan wireless untuk update blog ni.. Boleh la aku berkongsi apa-apa dengan anda semua...

Apa yang menarik di Chiang Mai?? Aku pun tak tahu...har..har..har.. Tapi kalau ikutkan jadual outing aku, maybe akan pergi melawat gajah. Yup...gajah. heheheheh maybe naik gajah...bergambar dengan gajah...mandi pun dengan gajah kot... heheheh

Yang aku ingat jadualnya...kami akan melawat kedai antik..kedai kraftangan..dan yang best sebelum balik dapat la kot singgah kat kolam air panas...harap-harap dapat mandi la kan...

ok..tu serba sedikit yang aku boleh ceritakan tentang perjalanan yang aku akan tempuh nanti..lain kali aku tulis something lagi...lebih intresting...hhehehe