Alamak...lama betul aku tak menulis kat sini. Ingatkan boleh la bagi sikit sebanyak pengalaman pergi Chiang Mai hari tu. Tapi tak sangka plak bersarang dah blog aku ni..Tapi apa-apa pun, ni aku ada bagi sedikit lagi review kepada sahabat-sahabat yang baru nak ke Ching Mai.Paling awal pada awal Julai..Time cuti sekolah.
Ok, ramai gak yang tanya aku apa yang best kat Chiang Mai.So bagi aku, secara kesimpulannya Chiang Mai ni lebih kepada tempat untuk melawat.Untuk shopping agak terhad gak bagi aku.
So bagi yang nak pergi ni aku ada listkan tempat yang best yang tak patut dilepaskan.Antaranya :
Persembahan Gajah
Pusat Sutera Thai
Kilang Silver
Chiang Mai Zoo
Persembahan Gajah
Tempat ni memang best giler..Korang boleh naik gajah, ada la dalam 20 minit.Sekor gajah untuk 2 orang sahaja.Yang pergi suami isteri memang best la.Lepas tu ada persembahan gajah macam gajah main bola,melukis dan sebagainya. Kira macam sarkas gak la.Nanti lukisan gajah tu boleh dibeli..Harganya aku lupa plak.Tapi dalam ratus-ratus gak la.So suma ni termasuk dalam pakej.Tak perlu bayar apa-apa.Kecuali ada la orang amik gambar masa naik gajah tu.Tapi yang tu pun kira optional gak nak beli atau tak.
Pusat Sutera Thai & Kilang Silver
Yang ni pun best gak.Leh la shopping sikit-sikit.Sutera Thai kat sini memang murah gak la.Boleh la beli selendang ke..kain kapan le..hehheh aku melawak je.Kilang silver pun ok..pada orang perempuan memang bersinar-sinar la mata nak tengok.hehehe
Chiang Mai Zoo
Yang zoo plak sebenarnya lebih kepada nak tengok Panda.ye..PANDA.cute-cute gak la diorang ni.Tapi korang still bolehh tengok menatang lain la.Pas tu nanti pemandu pelancong akan invite korang ke akuarium kat sana.Tapi yang tu berbayar.Harga lain-lain orang kata.Aku tak masuk jadi aku tak tahu nak review macammana.
Tempat yang tak patut pergi:
Monkey School
Snake Zoo
Tempat yang aku sebutkan kat atas tu adalah tidak direkomenkan pergi.Lagipun korang kena bayar untuk masuk sebab tak termasuk dalam pakej.Kenapa tak digalakkan pergi,sebab dari review orang yang pergi,semuanya cakap tak berbaloi.Tapi duit sendiri-sendiri kan..heheheh
Rasanya cukup dulu kot setakat ni..Aku ngantuk le...hehhehe
Brunei 4
10 years ago