Assalamualaikum & Dengan nama Allah yang maha pemurah...
Robocon 2009 telah pun menutupkan tirainya pada 10 haribulan May yang lalu dengan kemenangan berpihak kepada Multimedia
University (MMU). Tamatnya saingan Robocon kali ini sedikit sebanyak membuka mata saya untuk menulis disini. Dimana
perbandingan tahap politeknik yang bersaing jika dibandingkan dengan IPT yang lain.
Jika dilihat secara keseluruhannya, pasukan politeknik masih jauh lagi untuk mengejar mahupun bersaing sengan IPT yang
lain. Sangat jauh!. Saya teringat semasa saya mengambil bahagian dalam pertandingan Robot antara politeknik yang lebih
dikenali sebagai Robocom pada tahun 2007. Pada masa itu, tahap kesukaran pertandingan tidak sesukar Robocon. Malah boleh
dikatakan amat mudah. Namun masih ada politeknik yang tidak dapat mengatasai dan melepasinya. Malah ada politeknik yang
langsung tidak dapat bersaing dengan politeknik seperti PSA, POLIMAS dan PSAS. Dimana agaknya kemahiran yang dahulunya
digambarkan bahawa politeknik adalah yang terbaik?
Walaupun pada pertandingan tahun itu Polteknik Kuching,Sawarak menjuarainya dan PSA mendapat naib johan, jika dilihat
tahap mereka apabila menyertai Pertandiangan Robot Peringkat Kebangsaan (Robocon) sangat jauh berbeza. Sebagai contoh pada
Robocon 2009, PSA kecundang bukan sekadar untuk melayakkan pada peringkat seterusnya, malah kecundang untuk menunjukkan
yang mereka adalah kuasa besar dalam arena robot.
Saya merupakan bekas penuntut politeknik. Juga bekas ahli kelab robot. Saya dan sahabat saya merasa terkilan dengan
persembahan politeknik dalam arena robot ini. Dimana silapnya... Mungkin bagi sesetengah pensyarah atau pelajar yang
merasakan projek projek robot bukan perkara penting yang perlu diambil berat dan diutamakan, namun ilmu yang diperolehi
bila mencipta sesebuah robot sangat sangat bernilai. Yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang mengalaminya..
Tanya diri anda, adakah anda ingin politeknik sentiasa berada di bawah IPT? Pelajarnya sering dilabel 'tak macam budak u'?
Saya sentiasa mencari website,forum-forum dan blog untuk menulis sesuatu tentang ini. Namun tidak ketemu. Di forum ini
saya mengambil kesempatan untuk menulis walaupun saya tahu forum ini untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti. Saya
memohon maaf andainya penulisan ini agak kasar dan tidak ditempat sepatutnya. Saya sekadar memberi pendapat.
http://nurmusafir.blogspot.com
Blog diatas saya cipta untuk membantu bekas politeknik saya untuk berdiri semula dalam arena ini. Bersama beberapa sahabat
yang punya banyak pengalaman untuk membantu. Mungkin ini adalah dianggap perniagaan. Tapi bagi kami, kami mahukan sebuah
perubahan untuk politeknik. Dan mungkin juga kolej komuniti boleh mula berjinak-jinak dalam bidang robot ini.

Jumpa lagi pada tulisan akan datang!
p/s: Petikan di atas telah kami posting di forum Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. http://www.mygstt.com/forum/index.php/topic,538.0.html
0 comments:
Post a Comment