Tuesday, 22 September 2009

Kelas PIC dan Robocon!

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidulfirti!

Salam Lebaran...Alhamdulllah, kita sekali lagi berjaya menempuh Ramadan yang maha hebat dan lagi sekali ditakdirkan untuk bersama menyambut hari kemenangan kita. 1 Syawal atau pun Hari Raya Aidulfitri...Namun untuk penulisan kali ini, kami ada 'Duit Raya' yang nak diberikan kepada adik-adik kami yang berada di PSA. Nak tahu duit rayanya??

Alhamdulillah...setelah kami berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan kelas Robot dan PIC untuk mereka menghadapi Robocon 2010 pada tahun ini. Walaupun masih kabur dalam pelaksanaan kelas ini, kami akan berusaha untuk merealsasikannya..InsyaAllah...

Sedikit pengenalan kelas ini..Ia akan diadakan di Politeknik Shah Alam pada 27-30 September 2009 ini. Panjang kelas adalah 10 jam dan akan dimulai pada 27/9 malam sehingga 28/9 petang. Walaubagaimana pun, waktu kelas ini mungkin diubah mengikut kesesuaian waktu peserta.

Mudul bagi kelas ini merangkumi dari A-Z litar PIC, programming PIC, programming AR40 (produk dari Cytron) dan robotic. Target kami bagi kelas ini adalah bagi peserta robocon dan pelajar final semester yang membuat final projek. InsyaAllah...

Peserta kelas ini diquotakan sebanyak 4 kerusi khas untuk adik-adik kami di PSA yang berada di semester 5 dan 4 lagi kerusi dibuka untuk pelajar PSA semester akhir/awalan yang berminat untuk mempelajari tentang PIC. Bayaran untuk 4 kerusi pertama adalah percuma (kira amal jariah) dan 4 kerusi lagi masih di tahap perbincangan dan akan diberitahu kemudian setelah peserta yang berminat menghubungi kami. Namun jika tiada yang berminat, kelas ini tetap akan dijalankan seperti biasa.

Mentor yang akan mengajar pada hari tersebut adalah saudara Hafiz a.k.a CheMart untuk modul PIC dan saudara Izhan untuk modul robotic.

InsyaAllah...kita merancang dan Allah yang menentukan. Dan diharap kelas ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oeh para peserta.
Salam Hari Raya!

Friday, 4 September 2009

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Alhamdulillah...kita diberi sekali lagi kesempatan untuk bertemu di bulan mulia ini.. anggap lah ini peluang terakhir kita untuk kita sama sama banyakkan beribadah kapada yang maha Esa..

Antara kita sedar atau tidak, tema Robocon untuk tahun 2010 dah pun dikeluarkan. Bagi yang meminati arena ini, pasti mereka tidak ketinggalan untuk mendapatkan info..mula mereka cipta robot dan merangka strategi..bagaimana pula dengan anda?

Perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah memulakan sesuatu. Adakah anda sudah melakukan sesuatu untuk pertandingan ini? Atau masih di takuk lama menantikan saat-saat terakhir baru untuk melakukan sesuatu?

Bagi adik-adik kami yang berada di semester akhir, ini adalah peluang terakhir anda untuk menyertainya. Bukan sekadar menyertai tetapi membuktikan yang anda mampu berada dikalangan yang terbaik. Gunakanlah masa yang diberikan untuk memulakan projek robot anda. Mulakan sesuatu lebih baik dari tidak memulakan apa-apa.

Sekali lagi, selamat menjalankan ibadah puasa!

Friday, 24 July 2009

Robocon.. Politeknik masih di tempat yang sama?


Assalamualaikum & Dengan nama Allah yang maha pemurah...

Robocon 2009 telah pun menutupkan tirainya pada 10 haribulan May yang lalu dengan kemenangan berpihak kepada Multimedia
University (MMU). Tamatnya saingan Robocon kali ini sedikit sebanyak membuka mata saya untuk menulis disini. Dimana
perbandingan tahap politeknik yang bersaing jika dibandingkan dengan IPT yang lain.

Jika dilihat secara keseluruhannya, pasukan politeknik masih jauh lagi untuk mengejar mahupun bersaing sengan IPT yang
lain. Sangat jauh!. Saya teringat semasa saya mengambil bahagian dalam pertandingan Robot antara politeknik yang lebih
dikenali sebagai Robocom pada tahun 2007. Pada masa itu, tahap kesukaran pertandingan tidak sesukar Robocon. Malah boleh
dikatakan amat mudah. Namun masih ada politeknik yang tidak dapat mengatasai dan melepasinya. Malah ada politeknik yang
langsung tidak dapat bersaing dengan politeknik seperti PSA, POLIMAS dan PSAS. Dimana agaknya kemahiran yang dahulunya
digambarkan bahawa politeknik adalah yang terbaik?

Walaupun pada pertandingan tahun itu Polteknik Kuching,Sawarak menjuarainya dan PSA mendapat naib johan, jika dilihat
tahap mereka apabila menyertai Pertandiangan Robot Peringkat Kebangsaan (Robocon) sangat jauh berbeza. Sebagai contoh pada
Robocon 2009, PSA kecundang bukan sekadar untuk melayakkan pada peringkat seterusnya, malah kecundang untuk menunjukkan
yang mereka adalah kuasa besar dalam arena robot.

Saya merupakan bekas penuntut politeknik. Juga bekas ahli kelab robot. Saya dan sahabat saya merasa terkilan dengan
persembahan politeknik dalam arena robot ini. Dimana silapnya... Mungkin bagi sesetengah pensyarah atau pelajar yang
merasakan projek projek robot bukan perkara penting yang perlu diambil berat dan diutamakan, namun ilmu yang diperolehi
bila mencipta sesebuah robot sangat sangat bernilai. Yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang mengalaminya..

Tanya diri anda, adakah anda ingin politeknik sentiasa berada di bawah IPT? Pelajarnya sering dilabel 'tak macam budak u'?
Saya sentiasa mencari website,forum-forum dan blog untuk menulis sesuatu tentang ini. Namun tidak ketemu. Di forum ini
saya mengambil kesempatan untuk menulis walaupun saya tahu forum ini untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti. Saya
memohon maaf andainya penulisan ini agak kasar dan tidak ditempat sepatutnya. Saya sekadar memberi pendapat.

http://nurmusafir.blogspot.com

Blog diatas saya cipta untuk membantu bekas politeknik saya untuk berdiri semula dalam arena ini. Bersama beberapa sahabat
yang punya banyak pengalaman untuk membantu. Mungkin ini adalah dianggap perniagaan. Tapi bagi kami, kami mahukan sebuah
perubahan untuk politeknik. Dan mungkin juga kolej komuniti boleh mula berjinak-jinak dalam bidang robot ini.

Jumpa lagi pada tulisan akan datang!

p/s: Petikan di atas telah kami posting di forum Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. http://www.mygstt.com/forum/index.php/topic,538.0.html

Friday, 17 July 2009


PENING KEPALA NAK WAT PE NAGN PROJECT SEMESTER AKHIR???

KAMI ADA JAWAPAN!!

*Specialize in design and manufacturer microcontroller kits, robots and accessories to attract more people interested in microcontroller project development.
*Mid-Range PIC Microcontroller Family Peripheral Configuration and Usage Using Assembly Language


hubungi kami:

Mobile:016-9149536
:0136525636
Office:05-3572800 (EXT :234/244)
Email:chemart_nurkasih06@yahoo.com.my


Wednesday, 8 July 2009

Assalamualaikum..

Bismillah hirrahma nirrahim...

Alhamdulillah..dengan izin-Nya tercipta gak blog yang selama ini kami idamkan. Walaupun dalam serba kekurangan kerana masih belum mahir dalam selok belok membuat blog ni, kami hanya mengharapkan sebuah 'persembahan' yang terbaik dari kami untuk anda semua.

Apa yang kami cari di sini? Sebenarnya kami lebih suke gunakan ayat begini. 'Apa yang kami boleh buat untuk anda?'.Dan tujuan penubuhan team dan blog ini hanya satu. Be a better team at Robocon 2010.

Apa yang kami cuba lakukan disini adalah membantu pasukan pasukan yang akan bertanding di Robocon 2010. Terus terang kami katakan yang kami lebih fokuskan kepada pasukan dari politeknik politeknik. Namun, apa yang kami paparkan di blog ini juga boleh anda gunakan walaupun anda bukan dari politeknik. Its better to share our knowledge right?

InsyaAllah...posting pertama ini akan menjadi langkah pertama kita untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik. Langkah kedua pastinya akan lebih mencabar dan kami pasti boleh lakukan sesuatu untuk anda!